Anak Kunci Syurga

Hasan bin Arafah berkata bahawa telah berkata kepada kami Ismail bin Ayyasy dari Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Hasan dari Syahr bin Husyab dari Muadz bin Jabal radiyallahu ‘ahu yang berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مفتاح الجنة شهادة أن لا إله إلا الله
“Kunci syurga adalah kesaksian Laa Illaaha Illa Allah (tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah).”

Hadist di atas diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnadnya dengan redaksi
مفتاح الجنة شهادة أن لا إله إلا الله
“Kunci syurga adalah kesaksian Laa Ilaaha Illa Allah (tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah).” (Musnad Imam Ahmad 5/242, Syaikh Ahmad Syakir berkata: isnadnya dhaif)
Bukhari di dalam Shahihnya berkata dari Wahab bin Munabbih bahawa dikatakan kepada, “Bukankah kunci syurga adalah pernyataan? Wahab bin Munabbih menjawab, “Benar tapi ingat bahawa setiap pintu pasti mempunyai gerigi. Jika anda diberi kunci yang bergerigi maka anda boleh membuka. Jika tidak, maka anda tidak dapat membuka.” (Shahih Bukhari Bab Maa Jaa Fil Janaiz…)
Abu Nu’aim meriwayatkan hadits dari Aban dari Anas bin Malik radiyallahu ‘anhu yang berkata bahawa ada orang arab badwi yang bertanya
“Wahai Rasulullah, apa kunci syurga itu?” Rasulullah menjawab, “Iaitu Kunci syurga adalah kesaksian Laa Ilaaha Illa Allah (tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah).” (Diriwayatkan Abu Nu’aim)
Abu Syaikh meriwayatkan hadits dari al-A’masy dari Mujahid dari Yazid bin Sakhbarah yang berkata, “Sesungguhnya pedang-pedang adalah kunci syurga.”
Dalam Musnad, disebutkan hadits dari Muadz bin Jabal radiyallahu ‘anhu yang berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ألا أدلك على باب من أبواب الجنة قلت بلى قال لا حول ولا قوة إلا بالله
“Maukah engkau aku tunjukkan salah satu kunci syurga?” Aku menjawab, “Ya mau.” Rasulullah bersabda, “Iaitu ucapan la haula wala quwwata Illa billah (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan Allah).” (Musnad Imam Ahmad , Syaikh Ahmad Syakir mengatakan hadits ini hasan lighairihi)
Allah membuat kunci pada setiap permohonan. Dia menjadikan Thaharah sebagai kunci solat sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
مفتاح الصلاة الطهور
“Kunci solat adalah thaharah (bersuci).” (Sunan Abi Daud, Syaikh Albani mengatakan hadits ini Hasan Shahih)
Kunci haji adalah ihram, kunci segala kebaikan adalah kejujurab. Kunci syurga adalah tauhid. Kunci ilmu adalah bertanya dengan baik dan serius mendengar, kunci kemenangan dan kegemilangan adalah sabar. Kunci penambahan nikmat adalah bersyukur. Kunci kewalian adalah cinta dan dzikir. Kunci keberuntungan adalah taqwa. Kunci petunjuk adalah cinta dan takut kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Kunci permintaan adalah doa. Kunci cinta akhirat adalah zuhud di dunia. Kunci iman adalah merenungkan apa saja yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya untuk direnungkan.
Kunci masuk kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah penyerahan hati, kesihatannya (hati) kepada-Nya, ikhlas kerana-Nya dalam cinta, benci, mengerjakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Kunci kehidupan hati adalah merenungkan al-Quran, merendahkan diri, berdoa pada waktu sahur dan meninggalkan dosa.
Kunci rezeki adalah bekerja dengan disertai istighfar dan taqwa. Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kunci persiapan menuju akhirat adalah memendekkan angan-angan. Kunci segala kebaikan adalah cinta Allah dan negeri akhirat. Dan kunci segala keburukan adalah cinta dunia dan panjang angan-angan.
Bab ini merupakan bab ilmu yang paling bermanfaat iaitu mengetahui pintu-pintu kebaikan dan keburukan. Tidak ada yang mengetahuinya dan peduli kepadanya kecuali orang yang bernasib baik dan mendapatkan hidayah. Kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah membuat kunci dan pintu masuk bagi kebaikan dan keburukan.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga membuat kunci masuk neraka adalah syirik, sobong, berpaling dari ajaran Allah yang dibawa rasul-Nya, enggan berdzikir kepada-Nya dan tidak menunaikan hak-hak-Nya.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan arak sebagai kunci segala dosa. Dia menjadikan kesesatan kunci perzinaan. Ia menjadikan melihat gambar-gambar lucah sebagai kunci berpacaran. Allah menjadikan kebohongan sebagai kunci kemunafikan. Allah menjadikan kekikiran dan kemegahan sebagai kunci kedekut, memutus hubungan sanak saudara dan mengambil harta orang lain dengan tidak halal. Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga menjadikan berpaling dari ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya sebagai kunci bid’ah dan kesesatan.
Masalah-masalah seperti di atas hanya dibenarkan oleh orang yang memiliki hati nurani yang benar dan aqal yang mengetahui kebaikan dan kejelekan yang ada pada dirinya dan kehidupan. Maka dari itu, semua manusia wajib mengetahui terhadap pemahaman-pemahaman kunci-kunci tersebut dan untuk apa kunci-kunci tersebut diciptakan oleh Allah. Semoga Allah memberi hidayah dan keadilan kepadanya. Bagi Allah kerajaan dan pujian. Bagi-Nya semua kenikmatan dan keutamaan. Dia tidak ditanyakan terhadap apa yang Dia perbuat dan manusia akan ditanya oleh Allah terhadap apa saja yang telah diperbuatnya.
[Disalin dari kitab Tamasya Ke Syurga Ibnu Qayyim al-Jauziyah, terbitan Darul Falah dari judul aslinya Hadil Arwah ila Biladil Afrah dengan tambahan nota kaki dan olahan bahasa-Abu Hurairah]
Penulis: al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah
Kiriman: AbuHura1rah

sumber

Renungan Bersama